Sunday 28 January 2018

Pengenalan Diri Saya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T. . Izinkan saya memperkenalkan diri.Nama saya adalah Afdhaliah Binti Abidul Basit. Nama saya ini diberi oleh datuk saya.Saya anak yang ke-2 dari 4 adik-beradik (3 perempuan 1 lelaki).Saya dilahirkan di Negeri Melaka.Berumur 19 tahun dan saat ini saya baru memasuki semester 2.Saya menyambung pengajian saya di Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI). Saya mengambil bidang Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH).Saya mula menyertai kelab silat pada bulan ogos semester 1.Kini pada semester 2 ini, saya telah memegang jawatan penolong setiausaha.Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada-Nya di atas peluang yang diberikan oleh rakan-rakan silat saya.Bermula dari semester 1, saya hanya memegang jawatan AJK kebajikan sahaja dan sekarang diberikan peluang untuk menjadi penolong setiausaha.

Saya ingin menceritakan  dimana sekolah-sekolah dan kolej yang saya belajar dari kecil hinggalah saat kini.. Saya mula bersekolah pada tahun 2006 di sekolah tadika PASTI.Setelah itu pada tahun 2007, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Malim (S.K. MALIM).Semasa itu, saya hanya bersekolah dari darjah 1 hinggalah darjah 3.Selepas itu, saya terpaksa berpindah ke sekolah Mehodist Girl School 1 (MGS 1) kerana pada waktu itu saya berpindah rumah di Taman Sri Pandan, Pokok Mangga.Saya bersekolah di sekolah itu dari darjah 4 sehinggalah darjah 6.Setelah itu saya memasuki alam sekolah menengah.Pada sekolah menengah, saya bersekolah di sekolah Methodist Girl Secondary School (MGSS).Saya bersekolah disitu dari Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 3 pada 24 Januari 2014. Pada tarikh 25 Januari 2014, saya berpindah pula ke Sekolah menengah Kebangsaan Malim (S.M.K. MALIM) kerana saya berpindah rumah sekali iaitu di kampung saya (rumah tetap).Saya bersekolah di sekolah itu sehinggalah SPM.Akhir Sekali, selepas mendapat keputusan SPM, ibu bapa saya menyarankan saya untuk menyambung pelajaran di tempat belajar kakak saya iaitu di Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI).

Sampai disini sajalah pengenalan mengenai diri saya.Dengan ini saya akhiri dengan  kata mutiara tentang kehidupan dan pantun 4 kerat :





Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian.😉

 Terima Kasih kepada yang sudi membaca 😘😘😘