Sunday 25 February 2018

UNITI Bricks




Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang batu-bata di Kolej UNITI atau dikenali sebagai  Bricks UNITI .



Ini adalah papan tanda mengenai segala maklumat yang berkaitan dengan pembinaan rumah banglo setingkat.





Kawasan pembinaan rumah untuk para pelajar Kolej UNITI.



Pandangan luar rumah.








Untuk makluman rumah tersebut terdapat 4 buah bilik.Kira-kira hampir satu tahun pembinaan ini dijalankan.Kesemuanya sekali, terdapat 20 buah rumah.Kos yang ditanggung kira-kira RM 300,000 untuk sebuah rumah.Terdapat 30 orang pekerja yang menjalankan aktiviti pembinaan rumah banglo ini.Untuk menyiapkan sebuah rumah yang lengkap mengambil masa sekurang-kurangnya, 2 bulan.Kira-kira rumah banglo ini akan disiapkan dalam tempoh 2 tahun lagi.Sekarang baru 7 buah rumah yang lengkap telah siap terbina.Waktu bekerja untuk seorang pekerja adalah antara 7 hingga 8 jam dalam sehari, jika ada pekerta yang ingin melakukan overtime sehingga waktu malam di tanah lapang yang berada Ixora.Batu-bata yang digunakan untuk pembinaan rumah banglo ini dikeluarkan oleh batu-bata Kolej UNITI.Sebuah rumah banglo boleh memuatkan 10 hingga 20 orang pelajar dalam satu masa.

Sekian, terima kasih. 😍

Thursday 8 February 2018

Sajak : Ibuku



Ibu, engkaulah permata hatiku yang indah
Mataku sejuk apabila melihat ukiran senyumanmu
Nur dari matamu itu menyinari hidupku
Bagai matahari dilangit menerangi bumi

Hatimu tenang, sepertinya bunga-bunga mekar di taman
Pipimu warna merah jambu itu kelihatan ayu sekali
Bulu matamu itu lentik seperti belalai gajah
Aku tidak mahu melihat air matamu terjun ke pipimu

Sikapmu yang baik hati itu menarik perhatianku
Sentiasa menemaniku dan menyokongku
Engkau sangat tabah dalam menjaga anak-anakmu
Air tangan masakkanmu mencairkan hatiku

Oh ibu kuberikan kalimah kasihku padamu
Agar aku dapat menyelami kasih didalam dirimu
Tenang hatiku apabila menatap wajahmu
Bergenang air mataku terbayang wajahmu yang redup sayu

Oh ibu ku tahu bertapa dalamnya deritamu itu
Untuk mencapai satu kebahagiaan yang abadi
Ku tahu di dalam lubuk kecil hatimu tersemat seribu satu rasa
Ianya hanya Allah sahaja yang tahu

Jelingan matamu  amat merisaukanku
ketapan bibirmu dapat kurasakan
Ibu, andai dari kecil hingga besar daku banyak menyusahkanmu
Disini sepuluh jari kususun tanda maaf padamu


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan sajak ini.πŸŒΈπŸ˜‰

Wednesday 7 February 2018

Ladang Cili Kolej UNITI

DENGAN NAMA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH




Saya ingin menerangkan sedikit maklumat tentang ladang tanaman cili yang berada di Kolej Uniti, Port Dikcson, Negeri sembilan.







Ini adalah lokasi dimana  Ladang Tanaman Cili di Kolej Uniti.


Saya ada menemu bual seorang pengurus yang berada di ladang cili tersebut.Ketika itu beliau sedang memetik cili-cili yang berada di ladang tanaman cili itu dan membuat pemangkasan (buang tunas-tunas supaya pokok cili itu cepat besar) .Cili-cili itu mempunyai dua warna sahaja iaitu warna merah  dan warna hijau.Cili yang berwarna merah yang sudah masak boleh dipetik dan cili berwarna hijau yang sudah besar pun boleh dipetik.Cara memetiknya senang sahaja, hanya pegang pangkal cili-cili itu selepas itu tolak sahaja, tengok cili itu condong kemana.Cili-cili disitu kesemuanya kelihatan  segar sekali dan comel sangat.Pengurus ladang ini adalah seorang wanita, namanya adalah Nur Dahiyah.Dan beliau adalah seorang yang peramah sekali.Ladang cili ini ditubuhkan pada bulan 9, tahun lepas.Pokok-pokok cili yang berada disitu berjumlah 2000 kesemuanya sekali.Pelajar-pelajar Kolej Uniti juga boleh bekerja disitu apabila mempunyai masa yang lapang.Petik cili 1KG bersamaan Rm4.00.Waktu bekerja pada waktu pagi dari 8.30 hingga ke 11.00 atau 12.00 pagi/tengahri.Waktu bekerja pada waktu petang pula,dari pukul 3.00 hingga ke pukul 6.00.Jika anda semua ada masa boleh je datang kerja 'part time' ni.  





Gambar-gambar cili berwarna merah dan cili berwarna hijau di ladang.







Suanana gambar di Ladang Cili Kolej Uniti.





Gambar dimana pekerja-pekerja sedang memetik cili.



Ketika pekerja-pekerja sudah selesai memetik cili.






Sekian, terima kasih kerana sudi membaca blog saya :) .

Sunday 28 January 2018

Pengenalan Diri Saya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T. . Izinkan saya memperkenalkan diri.Nama saya adalah Afdhaliah Binti Abidul Basit. Nama saya ini diberi oleh datuk saya.Saya anak yang ke-2 dari 4 adik-beradik (3 perempuan 1 lelaki).Saya dilahirkan di Negeri Melaka.Berumur 19 tahun dan saat ini saya baru memasuki semester 2.Saya menyambung pengajian saya di Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI). Saya mengambil bidang Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH).Saya mula menyertai kelab silat pada bulan ogos semester 1.Kini pada semester 2 ini, saya telah memegang jawatan penolong setiausaha.Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada-Nya di atas peluang yang diberikan oleh rakan-rakan silat saya.Bermula dari semester 1, saya hanya memegang jawatan AJK kebajikan sahaja dan sekarang diberikan peluang untuk menjadi penolong setiausaha.

Saya ingin menceritakan  dimana sekolah-sekolah dan kolej yang saya belajar dari kecil hinggalah saat kini.. Saya mula bersekolah pada tahun 2006 di sekolah tadika PASTI.Setelah itu pada tahun 2007, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Malim (S.K. MALIM).Semasa itu, saya hanya bersekolah dari darjah 1 hinggalah darjah 3.Selepas itu, saya terpaksa berpindah ke sekolah Mehodist Girl School 1 (MGS 1) kerana pada waktu itu saya berpindah rumah di Taman Sri Pandan, Pokok Mangga.Saya bersekolah di sekolah itu dari darjah 4 sehinggalah darjah 6.Setelah itu saya memasuki alam sekolah menengah.Pada sekolah menengah, saya bersekolah di sekolah Methodist Girl Secondary School (MGSS).Saya bersekolah disitu dari Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 3 pada 24 Januari 2014. Pada tarikh 25 Januari 2014, saya berpindah pula ke Sekolah menengah Kebangsaan Malim (S.M.K. MALIM) kerana saya berpindah rumah sekali iaitu di kampung saya (rumah tetap).Saya bersekolah di sekolah itu sehinggalah SPM.Akhir Sekali, selepas mendapat keputusan SPM, ibu bapa saya menyarankan saya untuk menyambung pelajaran di tempat belajar kakak saya iaitu di Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI).

Sampai disini sajalah pengenalan mengenai diri saya.Dengan ini saya akhiri dengan  kata mutiara tentang kehidupan dan pantun 4 kerat :





Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian.πŸ˜‰

 Terima Kasih kepada yang sudi membaca 😘😘😘